Featured Post

#300324m foto semasa

Wednesday, January 7, 2009

foto penutupan jalan au4/1




jalan tersebut telah ditutup mulai 15 dis 08. jalan ini telah dibuka hampir 13 tahun yang lalu. penutupan jalan ini agak kontroversi kerana ada pro dan kontra. banyak pihak yang terlibat. bagi yang berada ditepi jalan tersebut mungkin bersetuju ditutup kerana keselesaan pada mereka dari segi tiada lalu lintas. bagi yang lain mungkin tidak bersetuju kerana jalan short cut sudah tiada. apa pun hanya penduduk yang sudah lama menetap disini lebih mengetahui duduk perkara. pendekkan cerita penutupannya menjadi polemik bagi penduduk au4 dan sekitarnya. apa yang ketara perniagaan seperti seven eleven dan sekitarnya merosot dari segi jualan. begitu juga jalan menuju ke au3 dan bukit antarabangsa lalulintasnya berkurangan. semasa penutupan jalan ini banyak kenderaan yang terpaksa berpatah balik kerana ketiadaan maklumat tentang penutupan. lalu lintas sekitar perumahan au4 agak lengang selepas semimggu lebih ditutup. memang ada protes bagi membantah penutupan jalan ini dengan menggunakan banner dan lainnya. perkara ini adalah sihat dari segi menyatakan bantahan kerana protes sepatutnya dibenar dan biarlah dilakukan berpandu kepada fakta yang berasas dan bertanggungjawab. ia juga bagi mencerminkan tahap kematangan pemimpin dan orang ramai untuk kepentingan bersama. kita pula tidak mengetahui implikasinya dari segi undang-undang samada ditutup atau dibuka. begitulah secara ringkasnya setiap sesuatu tiada seratus peratus baik dan begitulah sebaliknya.
Posted by Picasa

No comments: