Featured Post

#290224m kembali kerahmatullah HUSIN BIN MD YAASIN* UMUR : 73 TAHUN

*"Assalammualaikum"* "INFO KEMATIAN:" " JUMAAT , 1 MAC 2024" *MASJID ASSOBIRIN* *‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَ...

Friday, November 27, 2009

Majlis Walimatulurus Putera Zyainal


Azuan dan Asniah pengantin baru
Majlis berseri dirai tetamu
Seorang di Gombak seorang di AU
Kekal abadi didoa selalu


Posted by Picasa

Thursday, November 19, 2009

Kedai Ayam Abu Bakar Lembah Keramat


Kedai ayam ini terletak dihadapan Masjid Al Redhuan Ulu Kelang. Yang dijual ialah ayam yang belum disembelih. Jika ingin membelinya ialah dengan mendapatkan melalui kakitangannya ayam yang yang terdapat didalam sangkar dan akan ditimbang beratnya dan dinyatakan harga baru disembelih. Biasanya yang sederhana besar RM13ke RM19 seekor. Manakala pada setiap hari Ahad seawal pagi dijual daging lembu yang juga disembelih disitu.
Posted by Picasa

Saturday, November 7, 2009

Majlis Walimatulurus Putera En Kamal D Dewan Komuniti Seri Petaling


Di Dewan Komuniti tetamu berkunjung
Memeriah acara dua mempelai
Sudah jodoh tiada penghujung
Bahagia dan tabah membina mahligai


Posted by Picasa

Sunday, November 1, 2009

Pondok Di Bukit Dinding

Pondok Pos di Bukit Dinding
Tempat mengawal malam dan siang
Bukitnya tinggi tidak tertanding
Cubalah daki jika berpeluang
Posted by Picasa