Pokok kelapa diatas bukit-- Bukit Dinding sebelah menyebelah-- Taman AU4 warganya bukan sedikit-- Saling kenal tugas tak sudah.
Featured Post
#290224m kembali kerahmatullah HUSIN BIN MD YAASIN* UMUR : 73 TAHUN
*"Assalammualaikum"* "INFO KEMATIAN:" " JUMAAT , 1 MAC 2024" *MASJID ASSOBIRIN* *إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَ...
Wednesday, January 28, 2009
program add iman disurau al falah au4
program ini telah dilaksanakan selama 2 hari 1 malam dengan dihadiri 31 kanak-kanak. penutup program oleh ust rozali.
Tuesday, January 20, 2009
Monday, January 19, 2009
palestine- program membantah serangan
program diadakan di mesjid arredzuan dengan mengutip derma bagi membantu saudara islam disana. jumlah kutipan rm6000 lebih. doa dan sumbangan amat diharapkan.
Tuesday, January 13, 2009
foto tanah runtuh bukit antarabangsa
tiga empat hari sebelum aidiladha satu kejadian tanah runtuh telah berlaku. ketika itu musim hujan. ketika itu ramai orang sekitar datang untuk melihat sendiri apa yang berlaku. sekarang kejadian ini telah agak lama berlaku dan mulai dilupakan dan musim hujan pun telah berlalu. cuma mereka yang terlibat yang masih menghadapi trauma dan sukar dilupakan. begitu lah trajedi tidak mengenal mangsa sikaya atau miskin sama saja. cuma yang berbeza ialah atas ketahanan masing-masing individu atas ujian tersebut.
Friday, January 9, 2009
Wednesday, January 7, 2009
foto penutupan jalan au4/1
jalan tersebut telah ditutup mulai 15 dis 08. jalan ini telah dibuka hampir 13 tahun yang lalu. penutupan jalan ini agak kontroversi kerana ada pro dan kontra. banyak pihak yang terlibat. bagi yang berada ditepi jalan tersebut mungkin bersetuju ditutup kerana keselesaan pada mereka dari segi tiada lalu lintas. bagi yang lain mungkin tidak bersetuju kerana jalan short cut sudah tiada. apa pun hanya penduduk yang sudah lama menetap disini lebih mengetahui duduk perkara. pendekkan cerita penutupannya menjadi polemik bagi penduduk au4 dan sekitarnya. apa yang ketara perniagaan seperti seven eleven dan sekitarnya merosot dari segi jualan. begitu juga jalan menuju ke au3 dan bukit antarabangsa lalulintasnya berkurangan. semasa penutupan jalan ini banyak kenderaan yang terpaksa berpatah balik kerana ketiadaan maklumat tentang penutupan. lalu lintas sekitar perumahan au4 agak lengang selepas semimggu lebih ditutup. memang ada protes bagi membantah penutupan jalan ini dengan menggunakan banner dan lainnya. perkara ini adalah sihat dari segi menyatakan bantahan kerana protes sepatutnya dibenar dan biarlah dilakukan berpandu kepada fakta yang berasas dan bertanggungjawab. ia juga bagi mencerminkan tahap kematangan pemimpin dan orang ramai untuk kepentingan bersama. kita pula tidak mengetahui implikasinya dari segi undang-undang samada ditutup atau dibuka. begitulah secara ringkasnya setiap sesuatu tiada seratus peratus baik dan begitulah sebaliknya.
Monday, January 5, 2009
foto masjid ar rezduan ulu kelang
inilah foto masjid tersebut. masjid ini ada menjalankan kelas fardu ain dan tahfiz alquran sepenuh masa. disini juga ada tanah perkuburan dan kelihatan sudah hampir penuh. ia bersebelahan dengan jalan mrr2.
Subscribe to:
Posts (Atom)