Sunday, February 28, 2010

Menerima Rawatan HB Ampang


Beliau iaitu En. Zainal Wahab sedang menerima rawatan di Tingkat 6 Wad 6B Katil No 18 kerana disyaki sakit paru-paru.

Thursday, February 11, 2010

En Mohd Noor Kemalangan

Beliau telah terlibat dengan satu kemalangan minggu lepas di kawasan Melawati ketika berbasikal difahamkan dengan sebuah bas sekolah. Keadaan beliau sekarang semakin pulih dan berada di HKL untuk rawatan lanjut. Didoakan semoga beliau cepat sembuh.
Posted by Picasa

Wednesday, February 3, 2010

Surau

Selepas mendengar kuliah subuh disurau AU4 dapat pula membeli sedikit barangan seperti HIGOAT susu kambing, minyak wangi dan lainnya.
/>
Posted by Picasa

Wednesday, January 20, 2010

Workshop Mizi Sekarang


Beginilah keadaannya selepas terbakar lebih sebulan yang lepas.

Thursday, January 14, 2010

Bermain Wau dan Layang-layang Di Padang AU4


Waktu sesuai selepas zuhur hingga kepetang tetapi selepas jam 6 angin sudah agak berkurangan. Ada juga disini yang sedia menjual wau harga RM40 ke RM60 sebuah ikut saiz. Itu jika harga di FRIM Kepong. Kanak-kanak bermain layang-layang dan dewasa pula wau yang dibuat sendiri dengan buloh minyak.

Posted by Picasa

Friday, January 1, 2010

Foto Sungai Kelang


Foto adalah Sungai Kelang. Bahagian atas pada sungai ini terletaknya Zoo Negara. Airnya kadang-kadang bersih bila hujan . Kalau air sedikit nampak kotor sebab air buangan dari rumah kediaman. Ikan yang banyak sekali ialah tilapia dan ada orang menjala dan memancing.




Friday, December 25, 2009

Foto Jambatan Lorong Penghulu

Sentiasa digunakan untuk kesekolah, pasar malam AU4 dan sebagainya.