Featured Post

INFO KEMATIAN:"Nama Arwah : RASIMAH BT MOHD UMUR : 75 TAHUN JALAN AU4/9

"Assalammualaikum" "INFO KEMATIAN:" "TARIKH PENGURUSAN JENAZAH" " JUMAAT , 24 APRIL 2026" *MASJID AS...

Saturday, May 2, 2009

Hari Kesihatan dan Keanggunan Wanita 2009

(gambar) Puan Sri Salbiah(tiga dari kanan) bergambar bersama hadirin
Posted by Picasa
TAMAN MELAWATI - Kesedaran dan kepentingan wanita dan beliawanis terhadap kesihatan dan keanggunan diri perlu sentiasa disemai. Keanggunan diri tidak bermakna dari segi kecantikan luaran semata-mata namun aspek kecantikan dalaman turut dititik beratkan. Oleh yang demikian, Hari Kesihatan dan Keanggunan Wanita 2009 yang dianjurkan baru-baru ini merupakan satu program yang memberi peluang kepada wanita untuk meningkatkan kesedaran tersebut.

Hari kesihatan yang dianjurkan di persekitaran Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak disini antaranya menyediakan senamrobik, ceramah kesedaran kanser, kaunter-kaunter kesihatan, pameran kesihatan serta aturcara khas bersama isteri YAB Dato Menteri Besar Selangor, Ybhg Puan Sri Salbiah Tunut. Turut menyerikan program ialah YB Puan Rodziah Ismail, Exco Hal Ehwal Wanita Selangor, Ahli Parlimen Gombak YB Azmin Hj Ali dan Adun Hulu Kelang YB Hj Saari Sungib.

Program adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Adun Hulu Kelang, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Wanita JIM Ampang Jaya, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), WIRDA dan Nisa Gombak.

nota: bahan dari http://www.hulukelang.com/v2/ . untuk maklumat lanjut sila ke web tersebut.

jadual kuliah bulan mei 09 surau al kauthar jalan wangsa melawati (wangsa siaga)

jadual kuliah surau al falah au4 bulan mei 09

 
Posted by Picasa

Tuesday, April 21, 2009

Thursday, April 16, 2009

maahad tahfiz masjid arreduan ulu kelang



terletak di sebelah masjid. bilangan penuntut 40 ke 50 orang. jika ingin menginfakkan wang ringgit tabung disediakan dalam masjid.
Posted by Picasa

Wednesday, April 15, 2009

kuliah maghrib/subuh surau al falah au4

 
 
 
 
beginilah suasana penuntut yang rata-rata veteran. dinding dan tiang jadi pilihan.
Posted by Picasa

Friday, April 10, 2009

kerja pembinaan jalan pintas giat dijalankan



kelihatan dalam foto kemajuan pembinaan jalan tersebut yang mesti disiapkan hingga ogos tahun ini.
Posted by Picasa

Thursday, April 9, 2009

jom berdakwah dan menderma

sumbangan derma, wakaf dan zakat. mohon baca untuk lebih terperinci perihal pusat pengajian tahfiz alquran bistari ini dan boleh menderma, zakat wakaf anda untuk saham akhirat.
Posted by Picasa

Wednesday, April 8, 2009

jadual kuliah bulan april 2009


untuk sama-sama kita mengimarahkan surau kita ialah dengan menghadiri majlis ilmu untuk bekalan yang berkekalan dihari muka. pada yang lelaki yang dirumahnya apabila dapat mendengar suara muazzim yang mengalunkan azan dari surau/masjid maka seolah-olah tiada solat baginya kecuali kena mengerjakan solat di surau/masjid. kecualilah ada keuzuran. jadi fikir-fikirkan lah. waktu kuliah ialah selepas solat maghrib hingga waktu isyak. kuliah subuh pula setiap hari sabtu dan ahad dan selepas kuliah disediakan sarapan pagi.
Posted by Picasa