Featured Post

INFO KEMATIAN:"Nama Arwah : RASIMAH BT MOHD UMUR : 75 TAHUN JALAN AU4/9

"Assalammualaikum" "INFO KEMATIAN:" "TARIKH PENGURUSAN JENAZAH" " JUMAAT , 24 APRIL 2026" *MASJID AS...

Wednesday, January 7, 2009

foto penutupan jalan au4/1




jalan tersebut telah ditutup mulai 15 dis 08. jalan ini telah dibuka hampir 13 tahun yang lalu. penutupan jalan ini agak kontroversi kerana ada pro dan kontra. banyak pihak yang terlibat. bagi yang berada ditepi jalan tersebut mungkin bersetuju ditutup kerana keselesaan pada mereka dari segi tiada lalu lintas. bagi yang lain mungkin tidak bersetuju kerana jalan short cut sudah tiada. apa pun hanya penduduk yang sudah lama menetap disini lebih mengetahui duduk perkara. pendekkan cerita penutupannya menjadi polemik bagi penduduk au4 dan sekitarnya. apa yang ketara perniagaan seperti seven eleven dan sekitarnya merosot dari segi jualan. begitu juga jalan menuju ke au3 dan bukit antarabangsa lalulintasnya berkurangan. semasa penutupan jalan ini banyak kenderaan yang terpaksa berpatah balik kerana ketiadaan maklumat tentang penutupan. lalu lintas sekitar perumahan au4 agak lengang selepas semimggu lebih ditutup. memang ada protes bagi membantah penutupan jalan ini dengan menggunakan banner dan lainnya. perkara ini adalah sihat dari segi menyatakan bantahan kerana protes sepatutnya dibenar dan biarlah dilakukan berpandu kepada fakta yang berasas dan bertanggungjawab. ia juga bagi mencerminkan tahap kematangan pemimpin dan orang ramai untuk kepentingan bersama. kita pula tidak mengetahui implikasinya dari segi undang-undang samada ditutup atau dibuka. begitulah secara ringkasnya setiap sesuatu tiada seratus peratus baik dan begitulah sebaliknya.
Posted by Picasa

Monday, January 5, 2009

foto masjid ar rezduan ulu kelang

inilah foto masjid tersebut. masjid ini ada menjalankan kelas fardu ain dan tahfiz alquran sepenuh masa. disini juga ada tanah perkuburan dan kelihatan sudah hampir penuh. ia bersebelahan dengan jalan mrr2.
Posted by Picasa

Monday, November 24, 2008

foto kursus pengurusan jenazah HIV di surau au4


dianjurkan oleh kementerian kesihatan malaysia bahagian gombak pada 23 nov 08








Saturday, October 11, 2008

foto jamuan majlis doa selamat rumah en. ishak


foto atas tuan rumah sedang bersalam dan sedang bagi hadiah di taman au4 pada 11 okt 08 lepas zhohor








Thursday, October 9, 2008

Dewan AU5

dewan ini dibawah majlis MPAJ. ia terletak antara taman AU4 dan AU5. selalu digunakan untuk majlis perkahwinan dan aktiviti sokan badminton. kalau hendak digunakan kenalah booking terlebih awal dengan majlis. ia terletak berhampiran sekolah rendah lembah keramat dan berhampiran dengan stesen minyak esso dan petronas.
Posted by Picasa

Saturday, September 20, 2008

Pak Din

ini lah foto jiran aku. Baru-baru ini dia ada menjemput kerumah jemaah surau dan jiran-jiran buat doa selamat dan tahlil. Pada tahun lepas telah pergi haji di Mekah. seorang yang cepat mesra dan perihatin.
Posted by Picasa

Sunday, August 31, 2008